Betulkan kemudi pada Ramadan
INSYA-ALLAH, esok kita akan menyambut bulan Ramadan. Selain bulan berpuasa, terdapat pelbagai gelaran diberikan untuk bulan Ramadan sesuai dengan keistimewaannya seperti penghulu bagi segala bulan, bulan keampunan, bulan keberkatan, bulan bersedekah, bulan kesabaran, bulan al-Quran, bulan kemenangan dan bebas daripada api neraka.
Justeru, ramai yang mengambil kesempatan untuk beramal pada bulan yang berkat ini.
Sesungguhnya, berpuasa pada bulan Ramadan adalah perintah ALLAH SWT menerusi firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, 2:183).
Menurut Pak Hamka menerusi bukunya, Tuntunan Puasa, Tarawih & Shalat Idul Fitri – “Perintah puasa seperti juga perintah-perintah ALLAH SWT yang lain, bukanlah suatu perintah yang kaku dan kering. Perintah puasa tidaklah sama dengan peraturan dan undang-undang buatan manusia, yang kuat atau lemahnya bergantung kepada kekuatan politik, kekuasaan dan kewibawaan pemerintah terhadap rakyat.
“Apabila hanya itu dasarnya, sebagaimana undang-undang dan peraturan, orang lain akan mencari seribu satu akal untuk melepaskan diri dari ikatannya. Perintah mengerjakan puasa yang diturunkan langsung daripada ALLAH SWT dengan perantaraan rasul-Nya, mengetuk hati, iman dan akidah orang-orang beriman.
Menyentuh akal dan perasaan, jiwa dan sanubari. Semuanya sekali gus.”Berkaitan dengan persediaan menghadapi Ramadan, saya cukup tertarik dengan ciapan Dr Omar Suleiman menerusi akaun Twitter beliau – “Tetamu yang sedang ditunggu-tunggu akan datang pada minggu ini. Pastikan rumah anda (iaitu hati) adalah bersih dan bersedia untuk menerima tetamu tersebut.
Sila atur jadual dari sekarang dan jangan biarkan tetamu tinggalkan rumah tanpa membawa segala dosa-dosa anda pada hujung bulan Ramadan nanti.”Yang jelas, pesanan beliau adalah selaras dengan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Rugi (celaka) orang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya tetapi dia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia) tetapi kedua-duanya tidak dapat menyebabkannya masuk syurga.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).
TIDAK PERLU TIPU DIRI
Selain melaksanakan ibadat, bulan Ramadan adalah satu institusi yang cukup ampuh untuk mentarbiahkan akal dan jiwa seseorang.
Sebetulnya, amat rugi jika tidak serius untuk memperbetulkan kemudi kehidupan kita pada Ramadan ini.
Sejajar dengan perubahan diri, terdapat hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi ALLAH, selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Persoalannya, di bahagian kemudi mana yang harus diperbetulkan? Sejujurnya, kita tidak perlu menipu diri sendiri terhadap segala kelemahan yang ada dalam diri selama ini. Malah, semua perkara walaupun sebesar zarah sekalipun, ALLAH SWT tahu dan kenal diri kita.
Justeru, berdamailah dengan ALLAH SWT pada Ramadan ini agar dibalikkan hati yang terlebih sifat ‘kehaiwanan’ kepada sifat insani atau pembentukan akal budi yang bersih serta berupaya mengatur kehidupan dengan sempurna tanpa ditakluki hawa nafsu.
Pada hemat saya, jika kita masih degil, ralit dan tidak serius memperbetulkan kemudi kehidupan pada bulan mulia ini, dikhuatiri laluan kita akan semakin miring dan tidak berada pada jalan lurus lagi.
Ingatlah, tiada siapa yang berupaya meluruskan jalan kehidupan di dunia yang sementara ini kecuali diri kita sendiri.
* Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Kelestarian Sosial (COESIS) Universiti Malaysia Perlis
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
You must be logged in to post a comment.