Will Smith lepaskan keahlian Oscar

SELEPAS kontroversi menampar pelawak Chris Rock, Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau Oscar.

Portal The Hollywood Reporter melaporkan perkara berkenaan, pada petang Jumaat.

“Saya telah memberi maklum balas secara langsung kepada notis pendengaran tatatertib Akademi dan saya akan menerima sepenuhnya apa-apa dan semua akibat ke atas kelakuan saya.



“Tindakan saya pada penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan.

“Senarai mereka yang saya sakiti adalah panjang termasuk Chris, keluarganya, ramai rakan dan orang tersayang saya, semua yang hadir, dan penonton global di rumah,” kata Smith.

Menurut kenyataan yang dipetik portal hiburan antarabangsa, Smith bersedia menerima sebarang akibat yang difikirkan sesuai oleh The Academy.

“Saya mengkhianati kepercayaan Akademi. Saya menafikan calon dan pemenang lain peluang mereka untuk meraikan dan diraikan kerana kerja luar biasa mereka.



“Saya patah hati. Saya ingin kembali menumpukan perhatian kepada mereka yang patut diberi perhatian atas pencapaian mereka dan membenarkan Akademi untuk kembali kepada kerja luar biasa yang dilakukannya untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam filem,” katanya.

The Academy sebelum ini berkata, ahli lembaga sedang berbincang tentang langkah yang akan dikenakan terhadap Smith termasuk sama ada menggantung, mengusir atau mengharamkan keahliannya.

Smith juga diberikan masa 15 hari oleh The Academy untuk menyatakan surat tunjuk sebab atas tindakannya yang disifatkan satu keganasan. – Awani

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker