Saya tak akan ambil langkah jadi MB semula – Hasni

Saya tak akan ambil langkah jadi MB semula – Hasni

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memulakan sebarang gerakan bagi mendapatkan semula jawatan Menteri Besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, beliau sebaliknya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu.



“Saya tidak akan ambil langkah-langkah untuk menjadi Menteri Besar semula, tidak seperti mana yang dilakukan segelintir pemimpin lain untuk kembali menjadi Perdana Menteri dan sebagainya. Tetapi untuk Johor saya tidak akan ambil langkah tersebut. UMNO Johor berpegang dan akan kekal dengan cara Johor, jadi untuk memastikan kesinambungan antara kerajaan negeri dan parti sentiasa terjalin, maka Menteri Besar akan turut menjadi ahli dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Kenyataan itu sekali gus menolak sebarang desas-desus mahupun dakwaan bahawa Hasni mahu merebut semula jawatan yang pernah disandangnya sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Sementara itu, Hasni memberitahu, UMNO Johor juga bersetuju untuk melibatkan Menteri Besar yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai ahli Badan Perhubungan UMNO negeri pada masa akan datang.



“Menteri Besar memainkan peranan penting dalam memastikan usaha dan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) dalam PRN lalu dapat dijayakan, maka penglibatan secara langsung Menteri Besar dalam UMNO Johor perlu dijayakan. Ini bererti UMNO Johor bersetuju Menteri Besar menjadi salah seorang ahli,” jelasnya berkenaan mesyuarat tersebut yang kebiasaan melibatkan Pengerusi UMNO negeri dan ketua-ketua bahagian, sementara Onn Hafiz merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam.

Sementara itu, Hasni memaklumkan UMNO negeri telah mengarahkan kesemua 26 Bahagian untuk menilai semula struktur parti ekoran perkembangan terkini politik pasca PRN Johor.

“Memandangkan ramai wakil rakyat baharu dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita, jadi kedudukan mereka perlu disusun semula agar dapat memperkuat lagi parti dan bukan sebaliknya.

“Jadi setiap bahagian dikehendaki menyusun semula struktur parti di peringkat masing-masing, ini bagi membolehkan wakil rakyat yang telah dipilih dapat beri perkhidmatan berkesan. Kita ingin pastikan parti akan bersama mereka dan bekerjasama serta membuat segala langkah yang perlu agar tidak berlaku pertikaian antara kepimpinan parti dan wakil rakyat,” jelasnya. Utusan



Saya tak akan ambil langkah jadi MB semula – Hasni


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker