Resepi Mee Kari Hirup Kuah Sampai Licin

Resepi Mee Kari Hirup Kuah Sampai Licin

Mee kari sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Yang paling penting dalam hidangan mee kari adalah kuahnya. Tapi kat kedai susah nak jumpa mee kari yang sedap sesuai dengan selera.

Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan cara membuat kuah mee kari yang sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin katanya.



Buat sendiri baru puas hati, boleh sesuaikan rasa kuah mee kari mengikut selera-masing-masing.

Cara Buat

Sediakan bahan kisar lain:

3 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Sehiris nipis halia
Dua hiris bulat nipis serai
7 ekor udang kering



Cara-cara:

1. Kisar semua bahan sehingga lumat. *sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.

4. Untuk penyediaan campuran rempah:
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.

5. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Tak perlu larutkan rempah kering tadi dengan air. Guna api paling perlahan sahaja.
6. Kacau sehingga terbit minyak supaya keluar aroma wangi rempah semasa ditumis.
7. Masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
8. Masukkan perasa peringkat pertama: 1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.
Tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak dalam 7-8 minit.
9. Bila dah jadi lapisan berminyak macam ni sudah dikira pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
10. Tutup semula periuk.
11. Selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
12. Masukkan pula 3 cawan santan. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
13. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
14. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
15. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan; tauhu pok (dibelah 4), fishcake, fishball goreng.
16. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!



Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa:

Telur rebus
Fishball putih (dicelur seketika)
Fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
Tauhu (digoreng)
Kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Limau kasturi
Cili merah
Daun sup
Bawang goreng
Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi

Resepi Mee Kari Hirup Kuah Sampai Licin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker