PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik
Muda berkata ia tidak bertanggungjawab terhadap sepanduk yang ‘timbul’di Larkin yang menyerang PKR, sambil menambah bahawa tidak masuk akal bagi mereka untuk menyelitkan gambar Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman jika mereka adalah dalangnya.
Ini susulan kenyataan Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar yang memuatnaikkan gambar sepanduk yang memaparkan Syed Saddiq dengan kata-kata perkataan “Adun PKR tidak amanah, bantuan rakyat tidak sampai” dan menuntut penjelasan daripada parti pimpinan pemuda itu.
“Politik jenis apa Muda cuba sampaikan sekarang? Bukan ini jenis politik ‘dinosaur’ yang anda kata akan hapuskan? Kata nak bertanding secara sihat…,” ciap Shamsul di Twitter.
Bagaimanapun, Naib Presiden Muda Zaidel Baharuddin membalas dengan berkata Shamsul tidak harus cepat membuat kesimpulan.
“Banner kami tak buruk macam ni, lagipun untuk apa letak gambar SyedSaddiq kalau betul-betul nak serang.
“Jangan mudah melompat atau terpedaya tuan, kata Zaidel.
Kerusi Larkin menyaksikan pertarungan antara calon PKR Dr Zamil Najwah dan calon muda, Rasid Abu Bakar. Calon-calon lain ialah Zulkifli Bujang dari PN, Mohd Hairi Mad Shah dari BN, Mohamad Riadz Mohamad Hashim dari Pejuang, dan calon bebas Norramadan Buan.
Zamil sebelum itu juga mengadu tentang sepanduk tersebut.
“Sebelum ini Adun Larkin ni orang PKR ke? Kalau jawapannya tak, kenapa nak fitnah.
“Berhentikan poltik 70-an. Kita dah (masuk) tahun 2022 kot. We need to stop. Sampai bila bangsa kita nak jadi (be)gini,” ciapnya.
Penyandang kerusi Larkin Mohd Izhar Ahmad dari Bersatu, sebelum ini berpaling tadah dan menyokong BN.
Ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda Dr Mathen Nair turut menjawab Dr Zamil, dengan menegaskan bahawa sepanduk yang menyerang PKR itu adalah tindakan sabotaj.
“Sekali nampak pun dah tahu benda ni sabotaj. Orang dah kenal template dan tema Muda, Saya ikut apa yang saudara kata, kalau nak lawan biar secara bersih.
“Kita tolak politik kotor, saya yakin warga Larkin yang bijak pandai tahu menilai,” katanya,
Syed Saddiq turut mengulas melalui Twitter dengan menafikan apa yang berlaku adalah perbuatan Muda.
“Ini perbuatan pihak lain, banner ni bukan banner Muda, Kita bertanding secara sihat di Larkin YB,” katanya.
Sementara itu, di utara Johor, calon Jementah dari Pakatan Harapan, Ng Kor Sim turut berdepan beberapa siri vandalisme.
Beberapa sepanduknya diconteng dengan perkataan “Tipu” (Lie).
Ng berdepan See An Giap dari BN dan Maimunah Sahwah Musa dari PN dalam pertarungan tiga penjuru. Kerusi itu dimenangi oleh DAP pada pilihan raya umum lalu.
You must be logged in to post a comment.