Dr Rafidah mohon maaf kepada Khairul Aming
Dr Rafidah mohon maaf kepada Khairul Aming
Pakar kesihatan, Dr Rafidah Abdullah memohon maaf kepada pempengaruh masakan, Khairul Aming di atas kenyataan kononnya pempengaruh itu tidak mengutamakan kesihatan dalam masakan.
Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia, dan dua ayat terakhir saya sepatutnya di perenggan yang lain.
“Bagaimanapun, harapan saya video atau content mana-mana influencer ada tertera kandungan kalori,” ujarnya dalam bebenang ciapan di Twitter.
Dr Rafidah juga menjelaskan, beliau tidak menuduh sesiapa, sebaliknya kesihatan adalah tanggungjawab diri individu.
“Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat profesional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai,” tambahnya.
Terdahulu, tular di Twitter apabila Dr Rafidah menasihati Khairul Aming untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan memperbanyakkan resipi masakan yang sihat.
Beliau gusar penggunaan minyak masak yang banyak mampu mempengaruhi kesihatan masyarakat Malaysia yang rata-rata mengikuti perkembangan Khairul Aming menerusi video masakan 30 hari, 30 resipi bersempena bulan Ramadan.
Jelas Dr Rafidah, kebanyakan pesakit yang beliau rawati mempunyai masalah kesihatan kronik hasil dari amalan pemakanan yang tidak sihat.
“Ya, memang ramai pesakit kronik yang saya rawat. Rata-rata menyesal dengan pilihan gaya hidup termasuk makanan mereka dari awal, saya hanya berniat memberi kesedaran, tidak lebih dari Itu,” jelasnya lagi. Aw
Dr Rafidah mohon maaf kepada Khairul Aming
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.