UK, Perancis dan Jerman bekal senjata bantu Ukraine perangi Rusia

BERLIN: Jerman menjadi negara terbaharu selepas United Kingdom (UK) dan Perancis yang menghantar bekalan senjata ke Ukraine bagi membantu negara itu berdepan dengan serangan Rusia.

Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata, kerajaannya meluluskan penghantaran sejumlah senjata termasuk 1,000 senjata antikereta kebal dan 500 peluru berpandu ke Ukraine.

Selain itu, sebanyak 400 pelancar roket antikereta kebal juga akan dihantar ke negara itu menerusi Belanda hari ini.

“Tindakan Rusia menyerang Ukraine menjadi titik perubahan dalam sejarah dunia dan secara jelas Rusia mengancam kita semua dengan peperangan besar-besaran itu.

“Jerman akan membantu Ukraine menerusi penghantaran bekalan senjata ini,” katanya.

Sementara itu, Jerman turut akan menghantar 10,000 tan minyak ke Ukraine melalui Poland. – AFP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker