Anonymous isytihar ‘perang siber’ ke atas Rusia
MOSCOW – Kumpulan penggodam Anonymous mengisytiharkan ‘perang siber’ terhadap pentadbiran Presiden Rusia, Vladimir Putin yang melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine, lapor laman berita Wion News semalam.
Menurut media antarabangsa, matlamat kolektif penggodaman itu adalah untuk menyahaktifkan beberapa laman web kerajaan Rusia.
Sebuah rangkaian televisyen yang dikawal Rusia, RT.com turut menjadi sasaran kumpulan berkenaan. Menurut sumber, RT.com dan beberapa laman web lain disasarkan dalam serangan penafian perkhidmatan (DDoS) oleh Anonymous.
Kumpulan itu mengumumkan langkah berkenaan di media sosial sambil mendakwa telah menurunkan beberapa laman web kerajaan Rusia.
‘’Kumpulan Anonymous secara rasmi mengisytiharkan perang siber terhadap kerajaan Rusia,’’ tulis akaun media sosial yang dikatakan mewakili kumpulan berkenaan pada Khamis lalu.
“Kumpulan ini telah menggodam laman web saluran propaganda Rusia, RT News,’’ tambahnya ketika mengesahkan penggodaman laman RT.com.
Sementara itu, laman web kerajaan Rusia iaitu Kremlin, Duma dan Kementerian Pertahanan semuanya terkena serangan siber oleh kumpulan berkenaan.
Beberapa pengguna melaporkan bahawa laman web yang disasarkan itu beroperasi perlahan dan hilang talian untuk tempoh masa yang lama pada siang hari di rangkaian media sosial.
Dalam satu siri ciapan di Twitter, kumpulan tersebut berkata dengan jelas bahawa mereka menentang tindakan Putin terhadap Ukraine. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.