Wanita maut cuba angkat barbel 180 kg

MANGSA cuba menahan barbel tersebut sebelum ia secara tiba-tiba jatuh dan mengenai lehernya, sekali gus membunuhnya serta-merta. – Newsflash

BANDAR MEXICO – Seorang wanita maut ketika cuba mengangkat peralatan senaman jenis barbel seberat 180 kilogram dalam insiden yang berlaku di sebuah gimnasium di Mexico, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, wanita tersebut dalam satu rakaman video,  dilihat cuba mengangkat peralatan senaman yang berat itu di gimnasium Gym Fitness Sport.

Seorang lelaki pada awalnya dirakam sedang melaraskan berat pada peralatan tersebut sebelum mangsa masuk ke bahagian bawah besi yang memegang barbel itu untuk mengangkatnya.

Ketika ia dilepaskan, mangsa cuba menahan barbel tersebut sebelum ia tiba-tiba jatuh dan mengenai lehernya lalu membunuhnya serta-merta.

Seorang lelaki dan wanita yang berada berdekatan dengannya bergegas untuk membantu mengangkat barbel tersebut, namun gagal melakukan demikian.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya oleh media tempatan dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun.

Satu siasatan dijalankan oleh pejabat pendakwa raya negeri bagi menyiasat insiden tersebut. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker