Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Mangsa Terjejas Banjir

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Mangsa Terjejas Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Sejak tercetusnya idea ini pada April 2020, program Kita Bantu telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil, petugas barisan hadapan dan yang terbaru, golongan yang terjejas oleh banjir besar pada Disember 2021.

Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu.

Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda.

Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir.

Pada kali ini, sumbangan telah diberikan oleh Lau Gek Poh Foundation, diwakili Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad, Gary Pang, yang telah disampaikan melalui Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021.

Sejak bermulanya banjir, pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitar Selangor. Antaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta Klang.-AA

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Mangsa Terjejas Banjir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker