Calon pilihan raya boleh berdebat di Shoppe, Lazada – Dr. Shamsul

Calon pilihan raya boleh berdebat di Shoppe, Lazada – Dr. Shamsul

Calon-calon pilihan raya boleh menggunakan platform jualan dalam talian seperti Shoope dan Lazada sekiranya mahu berdebat berkaitan isu yang mahu diperjuangkan kepada rakyat.

Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Porf. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin membuat cadangan sinis itu kerana calon yang bertanding hanya mahu mencari populariti.



“Perdebatan adalah untuk mendapatkan perhatian. Mendapatkan orang ramai tengok, orang suka awak, tak suka awak. Ini semua promosi. Tanya Shoppelah, Shoppe boleh buat. Lazada boleh buat perdebatan ini. Mereka akan suka kerana akan popular dari segi tontonan.

“Jadi, saya cadangkan kita swastakan debat politik di Malaysia menggunakan saluran Shoppe dan Lazada. Cuba tengok bagaimana sambutan. Tak terfikir ke. Semua ini nak cari duit ni. Pada saya ini cara yang terbaik. Adil,” katanya.

Dr. Shamsul Amri menjawab soalan daripada salah seorang audien Siri Wacana KITA Resensi Buku: Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang yang disiarkan melalui platform Zoom.

Buku lebih 700 muka surat itu ditulis secara bersama oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan bekas wartawan Dr. G. Manimaran.



Selain Dr. Shamsul Amri turut dijemput untuk membuat ulasan mengenai buku tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pensyarah Pusat Kajian Media dan Komunikasi UKM Prof. Madya Dr Chang Peng Kee. MG

Calon pilihan raya boleh berdebat di Shoppe, Lazada – Dr. Shamsul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker