Baju sedondon, Heliza dan Mahadi berpisah tiada

Baju sedondon, Heliza dan Mahadi berpisah tiada

SEJAK mendirikan rumah tangga, nama Heliza Helmi seperti tak berhenti menjadi sebutan dalam media sosial.

Jika sebelum ini dia sering menghidangkan ramai dengan cerita dakwah dan perjuangan agama, kini lebih mencuri perhatian dengan kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Hampir setiap minggu pasti ada sahaja video tular memaparkan aksi romantis mereka. Paling mencuri perhatian ramai ialah tema pakaian sedondon yang bagaikan sudah tidak boleh dipisahkan dengan mereka.

Jika suami memakai jaket berwarna oren, Heliza turut menggayakan jaket yang sama. Sekiranya baju Mahadi berwarna biru, si isteri juga begitu. Jarang sungguh hendak melihat pasangan ini tidak sedondon. Barangkali itu cara mereka berkasih sayang.

Memang ramailah yang memuji pasangan ini kerana kebahagiaan yang dipamerkan sangat jujur dan tidak melebih-lebih seperti orang lain.

“Macam inilah bagus, sudah kahwin baru pamer bahagia. Semoga jadi contoh untuk semua orang,” komen seorang netizen.

Harapnya apa yang dipamerkan Heliza dan suami menjadi asbab untuk lebih ramai pasangan di luar sana menghalalkan hubungan mereka.

DIVA: Semakin ramai selebriti tanah air dijangkiti Covid-19. Tabahlah semua. K Online

Baju sedondon, Heliza dan Mahadi berpisah tiada


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker