Anak Loh memberontak, enggan kembali bersama Loh – Mufti Perlis

Anak Loh memberontak, enggan kembali bersama Loh – Mufti Perlis

Percubaan Loh Siew Hong membatalkan pengislaman anak-anaknya menjadi kebimbangan utama Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Peguam Loh semalam berkata, penukaran agama anak-anak itu akan dicabar melalui semakan kehakiman.

Dalam mesej video yang dimuat naik di Facebook, Asri berkata, anak perempuan kembar Loh berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun telah mengamalkan Islam sepenuhnya dan mahu kekal sebagai orang Islam.

“Sepertimana dilaporkan media sebelum ini, Loh tidak kisah dengan agama anaknya itu, yang penting dapat bersama dengannya.

“Baru sehari ni, ibunya kata nak tukar agama (anak-anak tersebut).

“Saya percaya mereka nak ibu mereka, tetapi bukan bererti bertukar ke agama Hindu,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes ini, di pihak orang Islam tidak pernah timbul niat memisahkan Loh dengan anak-anaknya. Bahkan katanya, seorang ustazah bernama Nazirah, penjaga anak-anak tersebut sepanjang ketiadaan Loh, yang mula-mula menghubungi wanita tersebut untuk menyatukan mereka.

“Kami tidak begitu kisah mengenai soal hak penjagaan, tetapi sebagai orang Islam, kita wajib memastikan anak-anak ini terus menganut Islam jika ia mengikut kehendak mereka.

“Melainkan mereka sendiri ‘give up’, tak nak Islam, tertipu dengan bapa yang beragama Islam, itu urusan luar keupayaan kita,” katanya.

Katanya, beliau tidak mahu melihat kes menyaksikan ibu atau bapa yang mendapat hak penjagaan berjanji mengekalkan anak-anak sebagai orang Islam, kemudian membawa lari ke luar negara dan anak berkenaan tidak dapat mengamalkan ajaran Islam.

Beliau menyebut kes Natrah atau Maria Bertogh, seorang wanita Belanda dibesarkan oleh keluarga beragama Islam yang dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya ketika berusia 13 tahun dan pulang ke Belanda tidak lama kemudian. Ini mencetuskan rusuhan perkauman di Singapura pada 1950 yang mengakibatkan 18 terkorban dan 173 cedera.

Asri berkata, kenyataannya mengenai anak-anak Loh yang enggan kembali kepada ibu mereka adalah berdasarkan peristiwa pada hari wanita tersebut bertemu semula dengan anak-anaknya. FMT

Anak Loh memberontak, enggan kembali bersama Loh – Mufti Perlis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker