Ismail Sabri akan melawat Thailand, perbincangan pembukaan sempadan darat dinanti
Ismail Sabri akan melawat Thailand, perbincangan pembukaan sempadan darat dinanti
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke Thailand minggu ini dijangka membawa ‘khabar gembira’ mengenai pembukaan semula sempadan darat Thailand-Malaysia.
Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel, berkata lawatan tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha itu adalah yang pertama sejak Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.
Ia juga adalah kunjungan pertama Perdana Menteri Malaysia ke Thailand sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.
Jojie berkata, antara agenda perbincangan sepanjang tempoh lawatan itu ialah pembukaan semula sempadan darat, kerjasama dua hala serta penerokaan peluang perdagangan dan pelaburan pasca COVID-19.
“Bakal ada berita baik (mengenai pembukaan semula sempadan darat). Sudah ada beberapa cadangan.
“Pegawai kanan dan jawatankuasa teknikal akan membincangkan butiran mengenai pembukaan semula,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Kelab Malaysia Thailand (KMT).
Selain itu, Jojie berkata, aspek pengiktirafan sijil vaksinasi daripada kedua-dua negara akan turut dirundingkan.
Ismail Sabri dijadual mengadakan lawatan kerja ke Bangkok dari 24 hingga 26 Februari ini.
Minggu lalu, timbalan jurucakap Kementerian Luar Thailand, Natanu Nopakun, berkata kerajaan merancang untuk membuka semula sempadan Thailand-Malaysia pada Mac depan bertujuan meningkatkan kedatangan pelancong, memandangkan pelancong Malaysia merupakan kumpulan terbesar pelawat ke Thailand sebelum pandemik COVID-19.
Beliau berkata, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Pusat Operasi Kecemasan Pelancongan (EOC) sudah diarah merangka serta menggariskan langkah mitigasi pandemik untuk pembukaan semula wilayah sempadan selatan di pusat pemeriksaan Songkhla, Narathiwat, Yala dan Satun.
Natanu berkata, pelancong dari Malaysia akan memasuki Thailand melalui program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, namun pengembara perlu lulus dua ujian RT-PCR COVID-19 pada hari pertama ketibaan dan pada hari kelima.
Sebelum pandemik, Thailand merekodkan hampir 40 juta pelawat, termasuk 4.1 juta pelancong Malaysia pada 2019.
Sementara itu mengenai Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina KMT pula, Presiden kelab berkenaan, Datuk Bobby Tai, berkata ia adalah untuk memberi peluang rakyat Malaysia merasai menyambut perayaan seperti berada di negara asal, terutama mereka yang tidak dapat pulang kerana pandemik.
Kira-kira 80 rakyat Malaysia menghadiri majlis itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan Thailand.
KMT ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia kira-kira 31 tahun lalu, bertujuan mengekalkan identiti Malaysia di Thailand, selain untuk memupuk persahabatan keluarga Malaysia yang tinggal di negara ini. BH
Ismail Sabri akan melawat Thailand, perbincangan pembukaan sempadan darat dinanti
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
Pemandu tayang gari disahkan anggota polis