Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja – Zahid

Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja – Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti itu dijangka terus menjadi sasaran musuh politik yang akan melemparkan pelbagai tohmahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.

Beliau berkata, ironinya segala bentuk tohmahan dan tuduhan akan mula timbul ketika musim pilihan raya sahaja.

“Jika tidak ada pilihan raya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan.

“Dalam cerita-cerita ini, prinsipnya mudah – kebenaran itu berpilih-pilih. Perkara yang dianggap jahat dan menyalahgunakan kuasa hanya akan menjadi salah dan jahat, jika tidak menyebelahi pihak mereka,” katanya di Facebook.

Oleh itu, beliau berkata, tidak pelik jika lebih banyak kisah pemimpin Umno dijaja sebagai strategi untuk menjejaskan kredibiliti parti itu.

“Kita tunggulah selepas penamaan calon dan tempoh berkempen dalam PRN Johor nanti, pelbagai cerita pemimpin Umno akan terus dijaja.

“Strategi mereka, jika tidak boleh menyerang calon-calon Umno di Johor, alihkan perhatian ke drama di peringkat nasional. Ayuh, ambil ‘popcorn’, kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

Kenyataan itu menyusul tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan pemimpin Perikatan Nasional lain mengkritik Zahid, beberapa pemimpin Umno serta “kluster mahkamah” yang didakwa memaksa PRN Johor diadakan.

Zahid berkata, apabila Bersatu dan Pakatan Harapan berkuasa, Umno berdepan banyak tekanan, khasnya untuk menyingkirkan dirinya dan Najib Razak.

Katanya, pemimpin Umno mesti dituduh sebanyak mungkin kerana tidak menyertai Bersatu, tetapi bekas pemimpin parti itu seperti Mustapa Mohamed dan Mas Ermieyati Samsudin dikecualikan selepas mereka melompat ke Bersatu.

Beliau berkata, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah hanya terpakai kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kini Presiden MUDA), tetapi bukannya pemimpin Umno.

Baru-baru ini, Muhyiddin menerusi dua ceramah mendakwa Zahid meminta bantuan beliau menyelesaikan kes rasuahnya. Tetapi katanya, beliau enggan memenuhi permintaan mereka kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah. FMT

Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker