Ronaldo raih pendapatan dari 92 juta akaun BOT

Ronaldo raih pendapatan dari 92 juta akaun BOT

Cristiano Ronaldo dianggarkan menerima 388,000 pound (RM2.21 juta) bagi setiap statusnya yang ditaja daripada pengikut palsu di Instagram.

Bintang Portugal itu, dipercayai mempunyai 92 juta akaun palsu dalam 400 juta pengikutnya di platform media sosial berkenaan. Ia berpunca daripada peningkatan akaun bot di media sosial.

Bagi setiap status ditaja yang dimuat naik Ronaldo – individu paling popular di Instagram – dia menerima bayaran sehingga 1.69 juta pound (RM9.62 juta).

Namun jika 92 juta daripada pengikutnya adalah akaun palsu, bermakna RM2.21 juta daripada pendapatan itu adalah daripada akaun bot.

Ronaldo, 37, adalah atlet paling laris di dunia dan mendapat tajaan untuk status dimuat naik bintang Manchester United itu.

Minggu ini dia memuat naik berkenaan Nike dan jenama pakaian dalam CR7 miliknya. Ronaldo turut ditaja klinik rambut Insparya.

Selain Ronaldo, Lionel Messi juga dikatakan mempunyai 70 juta akaun palsu dalam senarai pengikutnya di Instagram. Neymar pula mempunyai sekitar 34 juta pengikut palsu. BH

Ronaldo raih pendapatan dari 92 juta akaun BOT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker