Dikunci dalam rumah, budak disyaki didera ditemui kelaparan

IPOH – Rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meminta makanan kepada orang awam yang melalui hadapan rumahnya membongkar rahsia dia didera di sebuah pangsapuri di Menglembu di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat diterima sekitar jam 4.30 petang selepas mengesyaki mangsa didera oleh penjaganya.

“Mangsa yang tinggal sendirian dengan pintu jeriji dikunci ditemui saksi dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badannya.

“Ketika kejadian, penjaga hanya meninggalkan roti dan air milo sebagai bekalan mangsa ketika mereka keluar bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.



Menurut beliau, tangkapan dilakukan terhadap ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan teman lelakinya berusia 26 tahun sekitar jam 7 petang.

“Polis merampas paip getah dan rotan yang digunakan suspek untuk memukul mangsa.

“Kanak-kanak malang itu pula telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan dan pemerhatian lanjut,” katanya.

Yahaya berkata, kedua-dua suspek direman selama lima hari sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.



“Teman lelaki ibu mangsa didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan kes ini sedang dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dengan banyak kesan kecederaan di badan dipercayai didera.

.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker