Kestabikan harga barang, kerjasama koperasi dapat membantu – Ismail

Kestabikan harga barang, kerjasama koperasi dapat membantu – Ismail

Kerjasama dan gabungan koperasi seluruh negara dilihat boleh membantu dalam menstabilkan dan mengurangkan harga barangan keperluan asas, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dengan kekuatan seramai enam hingga tujuh juta ahli melibatkan hampir 14,000 koperasi berdaftar di seluruh negara, koperasi dilihat boleh memainkan peranan yang penting dalam mengawal harga barangan.

Sebagai contoh, beliau berkata, kerjasama antara koperasi boleh diwujudkan dengan diusahakan pembelian barangan secara pukal untuk dijual secara runcit.

“Kalau koperasi memborong, membeli produk secara pukal, dan produk tersebut diagihkan kepada koperasi, kedai-kedai koperasi (itu kemudian) menjual barangan runcit dan sebagainya, koperasi tentu dapat turunkan harga.

“Kerana pembelian pukal tentu saja koperasi boleh dapat harga murah dan koperasi pemborongan tak perlu bimbang pelanggan tak beli produk kerana sudah ada koperasi di seluruh negara yang menjual produk runcit,” kata beliau lagi sambil menambah semua itu boleh menjadi kenyataan dengan syarat ada kerjasama erat antara koperasi berdaftar.

Ismail Sabri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini pada Jumaat.

“Apa yang berlaku kadang-kadang, (berdasarkan pengalaman) saya pernah jadi menteri yang jaga koperasi, ahli koperasi ada kedai koperasi, tapi kerana kedai di sebelah jual harga lima sen saja kurangnya, mereka akan pergi ke kedai jual harga kurang lima sen.

“Kalau beli di kedai koperasi, keuntungan kedai itu akan dipulang kembali kepada koperasi melalui dividen, kerana ia milik mereka, tetapi kerana tak ada sifat kesetiaan kepada koperasi, ahli yang begini ramai akhirnya tidak berjaya,” katanya lagi.

Sementara itu, pada sidang media, Ismail Sabri berkata, segala bentuk bantuan kewangan kerajaan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mesti diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama Mac ini.

Beliau berkata, bantuan itu termasuk geran RM3,000, pinjaman tanpa faedah melalui agensi-agensi kerajaan, serta pemberian moratorium selama setahun.

Selain itu, Perdana Menteri berkata bantuan RM3,000 juga akan disalurkan kepada perniagaan tidak ‘formal’ seperti warung dan gerai makanan, termasuk yang musnah akibat bencana banjir yang melanda sebahagian besar negara baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim. Sinar

Kestabikan harga barang, kerjasama koperasi dapat membantu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker