Buka sempadan: KKM diberi tiga minggu kemuka pandangan – Ismail
Buka sempadan: KKM diberi tiga minggu kemuka pandangan – Ismail
Kementerian Kesihatan (KKM) diberi tempoh tiga minggu bagi mengemukakan pandangan berhubung pembukaan sempadan negara sebelum sebarang penilaian dilakukan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu meneliti sebaiknya pembukaan sempadan negara kerana tidak semua rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu hidup dengan Covid-19.
“Pelbagai pandangan diberikan tentang pembukaan sempadan. Ada yang kata kita boleh buka sempadan kerana macam saya kata sebelum ini masyarakat perlu dididik untuk hidup bersama Covid-19.
“Keseimbangan itu yang sedang dicari KKM dan kita beri tempoh tiga minggu untuk bentang dalam kabinet supaya pembukaan negara ini dapat dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara di sini pada Jumaat.
Sementara itu, berhubung cadangan pembukaan laluan khas kepada pekerja rakyat Johor yang kini berada di Singapura untuk pulang mengundi, Ismail Sabri berkata, perkara itu perlu melihat kepada peraturan semasa negara jiran berkenaan.
“Kalau boleh memang kita nak rakyat bebas balik mengundi kerana dari segi demokrasi setiap rakyat berhak untuk mengundi tapi mereka berada di Singapura dan terpaksa mematuhi peraturan dan undang-undang Singapura.
“Tetapi kalau pintu ditutup kerana faktor kesihatan dan Singapura ada peraturan tertentu yang menyukarkan rakyat balik, maka kena patuh kerana ini juga melibatkan negara mereka,” katanya. Sinar
Buka sempadan: KKM diberi tiga minggu kemuka pandangan – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
You must be logged in to post a comment.