Suami naik hantu, bakar rumah dan kereta kerana bertengkar dengan isteri

Seorang suami naik hantu apabila sanggup membakar rumahnya dan memusnahkan kereta sendiri hanya disebabkan perselisihan faham dengan isteri.

Susulan tindakan itu, badan lelaki berusia 62 tahun itu melecur 40% dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 10.36 malam Jumaat.

“Menurut saksi, tubuh mangsa melecur ketika menyalakan api.

Mangsa yang melecur di bahagian badan dihantar ke hospital. (Gambar JBPM)

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berselisih faham dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnya sendiri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, lapan anggota bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, rumah mangsa terbakar sepenuhnya, manakala trak pikap Isuzu D Max terbakar 30%.

Katanya, lelaki itu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sejam kemudian.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker