Jangan Lupa Pandemik COVID-19 Jadi Teruk Sebab PH Masa Jadi Kerajaan Tidak Konsisten – Datuk Abbas

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas berkata, rakyat perlu sedar bahawa wabak pandemik COVID-19 menjadi teruk adalah kerana kepimpinan Pakatan Harapan (PH) semasa menjadi kerajaan gagal bersikap konsisten.

Jelas beliau, sekiranya kepimpinan PH bersikap tegas, sudah pasti penularan COVID-19 tidak sebegini buruk dan rakyat tidak perlu melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jangan lupa, COVID-19 wujud di zaman PH memerintah dan tularnya COVID-19 menjadi lebih parah adalah kerana PH masa memerintah tidak konsisten.

“Sekarang kita yang menanggung, syukur kerajaan telah bertukar dan pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) bersikap tegas dalam membendung wabak COVID-19,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru, Abbas menyeru kepada rakyat agar jangan terpedaya lagi dengan retorik PH yang sering memburukkan kerajaan hari ini.

“Mereka sebenarnya tidak ada cara lain lagi untuk memburukkan kerajaan hari ini selain daripada menfitnah dan mencari salah orang. Apa yang mereka lakukan untuk rakyat bila mereka mempunyai kuasa? Tindakan mereka sering tidak betul sehingga akhirnya rakyat membenci mereka walaupun belum sepenggal mentadbir negara.

“Sebab itu saya percaya, rakyat hari ini bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang berlaku. Setelah PN ambil alih tampuk pimpinan negara, terlalu banyak beza dengan apa yang dilalui rakyat selama 22 bulan di bawah PH,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai gerak kerja UMNO bahagian Batu pula jelas Abbas, UMNO bahagian tersebut sentiasa konsisten dalam membantu rakyat yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh PKP.

“Kita bantu rakyat tanpa mengira latar belakang. Jika ada yang mengatakan UMNO hanya bantu ahli mereka sahaja atau jika mahu bantuan kena jadi ahli UMNO maka itu adalah satu tuduhan jahat dan tidak benar sama sekali.

“Sejak dulu UMNO memang terkenal dengan gerak kerja membantu rakyat. Tidak ada pihak yang boleh nafikan ini. Saya tidak tahu UMNO bahagian atau di negeri lain tapi saya percaya UMNO sentiasa membantu rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

https://mykmu.net/2017/10/31/kritikan-mahathir-mengenai-bajet-kurang-jelas-dan-tidak-konsisten-salleh/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker