Muhyiddin Pengkhianat Sepanjang Zaman

Oleh Nurul Aishah

SIAPA Muhyiddin sebenarnya? Pengkhianatan yang beliau lakukan sejak bertahun-tahun lamanya telah terbongkar. Rakyat kini dapat melihat wajah sebenar Muhyiddin. Nama sebenar beliau adalah Mahiaddin bin Md. Yasin.

Dia khianat Najib
Dia khianat Pak Lah
Dia khianat Mahathir
Dia derhaka pada Yang DiPertuan Agong

Persoalannya adakah Muhyiddin khianati Pak Lah disebabkan 1MDB? Rakyat Malaysia tahu bagaimana beliau mengkhianati Pak Lah. Dari jawatan Naib presiden beliau menjadi Timbalan presiden dan Timbalan perdana menteri.



Masihkah kita ingat, selepas PRU12 pada tahun 2008. Muhyiddin telah terus duduk dalam Jemaah Menteri selepas menyatakan Abdullah Badawi sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dengan seberapa segera dari tempoh setahun yang dicadangkan.

Adakah Muhyiddin mengkhianati Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh sebab 1MDB? Tidak sama sekali. Beliau mengkhianati Mahathir dan PH dengan naik dari Menteri Dalam Negeri menjadi Perdana Menteri.

Kata Mahathir, luka’ lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu

Muhyiddin juga melanggar perlembagaan parti Bersatu apabila melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi.



Beliau melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Bersatu tanpa kehadiran Mahathir, yang mana ia sama sekali tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan.

Adakah dia menderhaka pada Yang DiPertuan Agong sebab 1MDB? Tidak sama sekali. Beliau derhaka pada YDP Agong dengan melawan titah bahawa ordinan darurat perlu didebat dalam Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi ordinan yang akan menyebabkan beliau hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kita sangat kesal dengan penderhakaan Muhyiddin tersebut sehingga menyebabkan YDP Agong dua kali menzahirkan rasa amat dukacita hanya kerana Muhyiddin mahu kekalkan jawatan PM.

“Track” rekod Muhyiddin ialah pengkhianat. “Trademark” Muhyiddin adalah pengkhianat.



Sebelum ini Muhyiddin gelarkan Datuk Seri Najib sebagai penjenayah atas sebab ianya bukan hak DS Najib untuk sedekahkan RM42 juta dalam kes SRC. DS Najib tidak pernah guna wang tersebut untuk diri sendiri atau pun keluarga.

Untuk makluman RM642 juta yang DS Najib terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi terus ke akaun beliau pun digunakan sepenuhnya untuk kerja CSR, program rakyat melalui parti dan sebagai sedekah, bukan untuk penggunaan peribadi.

Melalui Facebook DS Najib, beliau bertanya berapa jumlah yang Muhyiddin beri pada rakyat.

Berapa yang kamu bagi kepada Rakyat pula?- DS Najib

Apa yang pasti, Datuk Seri Najib tidak pernah khianat pada sesiapa dan tidak pernah derhaka kepada Yang DiPertuan Agong.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker