Wakil belia Felda dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Felda – Ismail
Wakil belia Felda dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Felda – Ismail
Kerajaan bersetuju melantik wakil belia Felda sebagai Ahli Lembaga Felda bagi membolehkan golongan itu sama-sama membangunkan tanah rancangan berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga sebagai pengiktirafan kepada belia Felda yang sama-sama menentukan masa depan negara.
“Bagi mengiktiraf peranan belia Felda, saya bersetuju, saya telah maklumkan kepada Tok Yeh (Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh) supaya melantik wakil belia Felda di dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Kami Anak Felda (KAF) dan Sekretariat Permuafakatan Siswa dan Siswi Felda (Persada) di Menara Felda di sini, hari ini, yang turut dihadiri Idris.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap MBFM, KAF dan Persada memberikan contoh terbaik kepada golongan belia bukan sahaja di Felda tetapi juga seluruh negara.
“Jadikan platform ini untuk mengasah bakat kepimpinan kerana anda semua adalah pemimpin masa hadapan.
“Gunakan platform ini untuk menjadi rakan pembina negara serta mampu berperanan sebagai pertubuhan belia yang memiliki model kemandiriannya sendiri seperti dicita-citakan dalam Dasar Belia Malaysia. Pertubuhan belia berdiri sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri juga berharap pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka (PPP) dapat dipercepatkan lagi kerana projek itu bukan sahaja akan menjana pendapatan tambahan kepada peneroka, malah secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga Felda.
“Peruntukan sebanyak RM1 bilion perlu digunakan dengan sebaiknya bagi membolehkan warga Felda terbabit di sepanjang rantaian nilai pengeluaran. Ini akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
“Sebagai contoh, projek tanaman nanas MD2 di Felda Besout perlu diperluaskan bukan sahaja di peringkat tanaman, malah turut diwujudkan industri hiliran seperti pengetinan, jus minuman dan snek yang akan memberikan nilai tambah tinggi di pasaran termasuk untuk eksport,” katanya.
Menyentuh mengenai projek perumahan generasi baharu Felda, Perdana Menteri melihat ia antara aspek penting untuk meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti Felda keseluruhannya.
Menurut Ismail Sabri, isu perumahan ini bukan sahaja soal tanah, tetapi soal pembiayaan kerana rumahnya tidak terjual disebabkan masalah itu.
Katanya, generasi kedua yang bekerja di Felda tidak mampu memperoleh pembiayaan kerana golongan itu tidak memiliki slip gaji.
“Rumah dirancang tidak berjaya dan disebabkan itu kerajaan memperkenalkan konsep baharu iaitu generasi boleh bina rumah sendiri di lot yang ada, murah dan boleh dimiliki.
“Tujuan kita membina perumahan untuk memastikan belia, generasi muda di rancangan tanah itu mempunyai rumah sendiri, kalau tidak sampai bila mereka tinggal di rumah ibu bapa.
“Oleh itu, kerajaan memahami dan dalam Bajet 2022 mengumumkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk bantu generasi kedua yang tidak ada slip gaji tetapi boleh buat pinjaman dan dijamin kerajaan,” katanya.
Dalam majlis itu, Ismail Sabri turut mengumumkan jawatan Idris sebagai Pengerusi Felda disambung dua tahun lagi.
Malah, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk MBFM, KAF (RM200,000) dan Persada (RM100,000) bagi mengadakan program membantu golongan belia. HM
Wakil belia Felda dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Felda – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.