Bas kilang bertembung treler, 2 parah dan 15 cedera

Bas kilang bertembung treler, 2 parah dan 15 cedera

BUTTERWORTH: Pemandu bas kilang dan pemandu treler cedera parah selepas kedua-dua kenderaan bertembung dalam nahas berhampiran sebuah kilang, di Jalan Perusahaan Perai, di sini, malam ini.

Insiden yang dipercayai berlaku pada 7.20 malam itu turut menyebabkan 15 pekerja kilang lelaki warga asing yang dalam perjalanan pulang cedera ringan.



Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.21 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikerah ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pekerja kilang telah bertembung dengan lori treler dan menyebabkan bas terbalik manakala dua lelaki yang merupakan pemandu kedua-dua kenderaan cedera parah.

“Pemandu bas dan lori treler yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, semua pekerja kilang yang cedera dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan kesihatan. FMT



Bas kilang bertembung treler, 2 parah dan 15 cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker