Anak bongsu Khairy suntik vaksin Covid-19 (Video)

Anak bongsu Khairy suntik vaksin Covid-19 (Video)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Khairy berkata anaknya, Raif telah selesai dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19,” ciapnya.

Tambah Khairy, dia menyarankan agar ibu bapa di luar sana segera mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.

Terdahulu, pada 3 Januari 2022, Khairy memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera. K Online



Anak bongsu Khairy suntik vaksin Covid-19 (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker