Khairy arah KKM kompaun Hishammuddin dan yang lain

Khairy arah KKM kompaun Hishammuddin dan yang lain

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pihaknya telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluarkan kompaun terhadap tiga pemimpin utama parti politik yang hadir pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar sebentar tadi.

Khairy Jamaluddin melalui satu ciapan di Twitternya berkata, kompaun itu turut akan dikenakan kepada penganjur di bawah Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit.



“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishammudin Hussein bersama Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran tiba di majlis tersebut pada petang tadi.

Sebuah video memaparkan ketibaan pemimpin-pemimpin itu turut mendapat kecaman orang ramai berikutan keadaan yang terlalu sesak sehingga gagal mengekalkan penjarakan fizikal. K Online



Khairy arah KKM kompaun Hishammuddin dan yang lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker