Soal Bendera Pun Tak Sepakat… Bukti PH Tiada Kestabilan
Soal Bendera Pun Tak Sepakat… Bukti PH Tiada Kestabilan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Pakatan Harapan (PH) jelas tidak ada kesepakatan di dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Bidas Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu, jika hal berkaitan penggunaan bendera pun tidak sepakat, sudah pasti perkara yang lebih besar terutama melibatkan kepentingan rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
“Bagaimana mereka mahu mentadbir Negeri Johor kalau kesepakatan tiada. Pasti Kerajaan Johor tiada kestabilan kalau mereka memerintah.
“Bayangkan, soal bendera pun tidak sepakat. Bagaimana nanti isu lebih besar terutama soal kepentingan rakyat?” soalnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Jelas Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, bendera adalah lambang penting parti.
“Kerana itu BN kekal menggunakan lambang Dacing berwarna biru yang menjadi simbol kesepakatan UMNO, MCA, MIC dan PBRS yang menjadi anggota BN.
“Semua Parti UMNO, MCA, dan MIC menggunakan bendera ini di PRN Johor kali ini.
“Kenapa Dap, PKR, Amanah tidak sepakat menggunakan satu bendera ya?” tanyanya lagi.
Kerana itu ujarnya, undilah BN demi kestabilan.
Pada PRN Johor Dap dan Amanah bersetuju menggunakan bendera dan lambang PH manakala PKR sebaliknya menggunakan bendera dan partinya sendiri walaupun berada di dalam satu gabungan. Umno Online
Soal Bendera Pun Tak Sepakat… Bukti PH Tiada Kestabilan
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.