BN Johor diberi mandat umum calon bertanding

BN Johor diberi mandat umum calon bertanding

Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan BN Johor untuk mengumumkan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai nama calon terbabit akan dimuktamadkan selepas perundingan dengan parti komponen BN yang lain.

“Saya serahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dan juga Ketua Penyelaras PRN Johor untuk mengumumkannya.

“Pastinya calon-calon itu akan dimuktamadkan setelah perundingan dengan semua parti komponen.

“Calon-calon itu diteliti bukan sahaja (dari segi) latar belakang politiknya, tetapi juga latar belakang pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Perwakilan Tri Annual Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-3, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Kurup, Pengerusi Badan Perhubungan BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, pihaknya akan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun keutamaan diberikan kepada parti komponen di bawah BN.

“Umno menyokong kerajaan GRS yang ada sekarang ini dan juga menyokong jika GRS didaftarkan tetapi hanya sekadar sebagai sokongan.

“Kekangan kita adalah Umno adalah parti teras dalam BN. Tentunya keutamaan sebagai parti komponen dalam BN itu akan terus dikekalkan. Begitu juga dengan PBRS kerana mereka adalah parti komponen BN.

“Itu adalah satu perkara yang termaktub dalam perlembagaan BN dan Akta Pertubuhan 1966 menyebut bahawa parti-parti gabungan itu boleh disertai oleh sesebuah parti tetapi sesebuah parti itu tidak boleh menyertai lebih daripada sebuah parti gabungan,” katanya. HM

BN Johor diberi mandat umum calon bertanding


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker