Anwar dedah punca utama beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri
PETALING JAYA – Kewujudan golongan konglomerat yang menaja parti politik tertentu dalam pilihan raya bakal melemahkan agenda reformasi untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, disebabkan oleh ketegasan untuk tidak berkompromi dengan golongan tersebut menjadi satu daripada punca beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri.
“Jadi jangan meremehkan kemungkinan dalam politik, dalam pilihan raya ada yang ditaja hanya untuk melemahkan agenda reformis.
“Saya akui tidak mudah. Ya saya belum berhasil penuh. Tapi kalau saya kompromi, saya sudah berhasil. Jangan lupa, kalau saya kompromi, saya sudah jadi Perdana Menteri,” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya pada Jumaat.
Anwar berkata, pendirian untuk menentang penyelewengan dan rasuah menyebabkan dirinya tidak popular dan tiada pihak mahu membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Saya tentu tidak popular, jadi tokoh-tokoh yang besar susah nak bantu PKR selagi Anwar jadi ketua.
“Terus terang saya boleh berkawan dengan semua, tetapi untuk kompromi soal ini (rasuah), akan menjahanamkan negara kita,” ujar beliau.
Tegas Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, beliau mengambil risiko besar apabila berjuang mengenai isu tersebut.
“Saya masih ingat di Parlimen tatkala berucap tentang Pandora Paper yang melibatkan mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan semua nama-nama besar dari pelbagai parti.
“Speaker larang saya bicara tetapi saya nak bicara sebab ini menyentuh kepentingan negara.
“Berbilion ringgit dibawa keluar dan orang-orang ini sekarang mahu jadi jaguh. Yang hendak menyelamatkan orang-orang Melayu itulah juga yang bawa ratusan juta keluar negara.
“Dia ada penyokong sebab dia ada wang. Sebab dia ada golongan korporat yang akan membantu,” tegas beliau.
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET