‘Aku dah lama sabar, jumpa kau di mahkamah!’ – Puteri Sarah Liyana
Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu.
Puteri Sarah, 37, berkata, selepas sekian lama memendam rasa dan bersabar dia akhirnya nekad untuk membawa masalah yang berlaku ke muka pengadilan.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.
“Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.
“Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya,” katanya.
Menurut Puteri Sarah, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.
“Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET