Remaja disyaki bunuh bayi keluar wad, masuk lokap

Remaja disyaki bunuh bayi keluar wad, masuk lokap

Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki membunuh bayi yang baharu dilahirkannya dibenarkan keluar wad Hospital Kemaman, Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, suspek yang baharu bersalin sebelum ini dirawat selama dua hari di wad berkenaan.



“Remaja itu kini ditempatkan di lokap Balai Polis Chukai untuk terus ditahan bagi meneruskan siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Dalam perkembangan sama, Hanyan memberitahu, polis masih memburu lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekampung suspek yang didakwa merogol remaja itu.

Beliau juga berkata, mayat bayi berkenaan masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Kemaman kerana proses bedah siasat belum selesai. FMT



Remaja disyaki bunuh bayi keluar wad, masuk lokap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker