PRNJohor: BN akan umum calon 2-3 hari sebelum penamaan calon

PRNJohor: BN akan umum calon 2-3 hari sebelum penamaan calon

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dalam dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata calon yang akan ditampilkan termasuk muka baharu, yang terdiri daripada golongan profesional dan orang muda.

“Saya rasa BN mendengar apa yang disuarakan di bawah, (calon) muka baharu adanya golongan profesional, orang muda yang dianggap harapan masyarakat supaya diberi peluang.

“Kita mendengar saranan yang dibuat, jadi tunggu sehingga keputusan atau pengumuman itu nanti,” katanya selepas merasmikan Common Ground Iskandar Space, di sini.

Mengenai peratusan muka baharu yang akan bertanding, Hasni yang juga Ketua Umno Johor berkata, ia sukar untuk ditetapkan seperti PRN Melaka, memandangkan Johor merupakan negeri yang besar.

“Saya rasa Johor ini negeri yang besar, sukar untuk kita menetapkan berapa peratus, seperti di Melaka 80% (muka baharu).

“Tetapi di Johor, sekurangnya dua kali ganda saiz wakil rakyat yang perlu dikenal pasti, wanita juga bersuara supaya lebih diberi peluang. Jadi itu juga perlu diambil kira,” katanya.

Sementara itu, Hasni berkata, BN sedang memuktamadkan perbincangan pembahagian kerusi bersama rakan komponen MCA dan MIC serta “Friends Of BN”.

Pada masa sama, katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

“Saya akan meneruskan perjuangan di Benut dan BN akan bertanding di semua kerusi,” kata beliau.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac. FMT

PRNJohor: BN akan umum calon 2-3 hari sebelum penamaan calon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker