PM tegaskan PRN Johor tidak boleh ditangguh
TANGKAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh ditangguhkan kerana pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibuat.
Beliau berkata, perkara itu juga disifatkan mustahil untuk dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti penamaan calon dan pembuangan undi untuk PRN berkenaan.
Justeru, beliau berkata, penangguhan PRN Johor hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengumumkan darurat dan sudah tentu pihaknya tidak akan berbuat demikian.
“Ia tidak boleh (tangguh PRN Johor). Hanya ada satu cara yang boleh tangguhkan PRN iaitu dengan mengadakan darurat, itu sahaja kaedahnya.
“Apabila DUN sudah dibubarkan, butiran pilihan raya sudah diumumkan termasuk tarikh dan sebagainya, ia memang tidak boleh ditangguhkan. Kalau nak ditangguhkan hanya dengan mengumumkan darurat di seluruh Johor.
“Kalau kita buat darurat, tak akan Johor sahaja darurat, negeri lain tidak (darurat) kerana peningkatan kes berlaku seluruh negara. Saya sudah umumkan tiada lagi sekatan termasuk darurat akan dilakukan selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Sebelum ini, media melaporkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menangguhkan PRN Johor atau membenarkan parti yang bertanding untuk berkempen secara terbuka.
Majlis Presiden PH juga dilaporkan berkata, pihak mereka sentiasa memandang serius gelombang Covid-19 dengan varian Omicron yang sudah mencecah 17,000 kes pada Rabu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PRN Johor juga tidak akan ditangguhkan walaupun terdapat gesaan kerana berpandukan faktor di PRN Melaka, kes jangkitan Covid-19 masih dicatatkan tetapi berjaya dikawal.
“Tidak ada sebab kita nak isytiharkan darurat di Johor semata-mata bagi menangguhkan PRN. Saya dan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyatakan kita terpaksa hidup dalam Covid-19 sehingga ia dianggap sebagai endemik.
“Kita perlu meneruskan hidup di dalam Covid-19 namun perlu kawal dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Ahli Parlimen Bera itu turut memberi jaminan kepada rakyat untuk tidak mengadakan lagi sekatan pergerakan rentas negeri mahu pun daerah.
“Kita juga dah buka ekonomi, tidak mungkin kita akan tutup semula ekonomi apatah lagi kita tahu betapa sukar kehidupan rakyat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Kalau kita tutup semula habis ekonomi dan kehidupan rakyat. Begitu juga pergerakan rentas daerah dan negeri. Cuma sempadan negara sahaja kita belum buka. Dalam negara kita dah buka termasuk untuk nak balik kampung masa raya esok pun kita dah umum, tak akan tiba-tiba nak tutup semula dan tak benarkan,” katanya.
PM tegaskan PRN Johor tidak boleh ditangguh
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET