PRN Johor: PBM umum tanding 2 kerusi

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding dua kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, PBM akan mengumumkan kerusi yang ditandingi dan nama calon sebelum hari penamaan calon pada 26 Feb ini.

Katanya, PRN Johor adalah medan terbaik untuk parti itu memperkenalkan “Agenda The Great Reset 2030” yang terdiri daripada enam tunjang utama.

Ia termasuk mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains & teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan.

“Kami berharap dapat memberi saingan sihat kepada parti politik lain yang bertanding dalam PRN kali ini,” katanya dalam kenyataan.

Parti itu yang didaftarkan Oktober tahun lalu diketuai Ahli Parlimen Julau yang juga bekas Ketua PKR Sarawak, Larry Sng.

PRN Johor akan diadakan 12 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker