Laliltha didakwa tipu mahkamah, laporan polis dibuat

Laliltha didakwa tipu mahkamah, laporan polis dibuat

Satu laporan polis dibuat terhadap pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam, yang mendedahkan pemilikan saham dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas dakwaan menipu mahkamah.

Menurut sumber, Lalitha didakwa memberi kenyataan tidak benar berhubung statusnya sebagai penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), dalam pernyataan pembelaan pada 3 Feb lalu berhubung saman fitnah yang difailkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki terhadapnya.

Difahamkan laporan itu dibuat kira-kira 3.43 petang tadi di Balai Polis Sentul.

Sumber berkata, kenyataan media C4 pada pertengahan Januari lalu menjelaskan Lalitha tidak lagi bekerja untuk agensi itu sejak Disember 2020.

“C4 juga menjelaskan mereka tidak mempunyai kaitan langsung dengan penulisan yang dimuat naik oleh Lalitha,” kata sumber itu kepada FMT.

Azam memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha pada 12 Jan lalu berhubung artikelnya bertajuk “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?”.

Azam menafikan sebarang salah laku dan menjelaskan pembelian lebih 4 juta saham dan waran dua syarikat tersenarai awam dilakukan adiknya menggunakan akaun dagangan beliau pada 2015 hingga 2016.

Suruhanjaya Sekuriti melakukan inkuiri susulan penjelasan itu dan mendapati tiada pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).

Lalitha sedang disiasat polis di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan tersebut. FMT

Laliltha didakwa tipu mahkamah, laporan polis dibuat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker