Peter enggan tanda tangan notis tangkapan
Peter enggan tanda tangan notis tangkapan
Datuk Peter Anthony memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau enggan menandatangan notis tangkapan yang diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan pada 2014.
Tertuduh yang juga saksi pembelaan pertama mengakui tidak bersetuju dengan kesalahan memberi rasuah di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 seperti yang dinyatakan dalam notis tangkapan yang diserahkan oleh pegawai SPRM.
Peter menyatakan demikian ketika membela diri terhadap pertuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, beliau diminta hadir ke Pejabat SPRM Sabah pada 12 Mac 2015 dan dimaklumkan oleh pegawai agensi itu bahawa satu tangkapan di bawah Seksyen 17(b) akan dikuatkuasakan terhadapnya.
Ketika ditanya oleh peguam S. Devanandan yang mewakilinya, beliau kemudian bertanyakan kepada pegawai yang menyerahkan notis tangkapan apa kesalahan yang dilakukannya.
Namun ujar Peter, 51, pegawai itu hanya menyatakan kes adalah berkaitan kesalahan memberi rasuah namun tidak memberikan jawapan ketika beliau bertanya siapa pihak yang diberikan rasuah.
Tertuduh selanjutnya menafikan pernah memberi rasuah kepada mana-mana pihak sebelum ini.
Menurut Peter, pegawai SPRM kemudian merakam kenyataannya pada hari yang sama walaupun fikirannya bercelaru ketika itu kerana memikirkan pertuduhan mengikut seksyen berkenaan.
Ujarnya, pada sebelah petang, pihak SPRM memaklumkan beliau akan ditahan di lokap melainkan wang jaminan RM10,000 dijelaskan yang mana kemudian dibayarnya. K Online
Peter enggan tanda tangan notis tangkapan
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)