Penternak diberi subsidi ayam, telur selama 4 bulan

Penternak diberi subsidi ayam, telur selama 4 bulan

Kerajaan bersetuju memberi subsidi 5 sen kepada penternak bagi sebiji telur ayam semua kategori dan 60 sen sekilogram untuk ayam hidup.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berkata, pemberian subsidi itu mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90/kg dan harga runcit ayam bulat standard RM8.90/kg.

“Tujuan pemberian subsidi untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos, terutamanya kos makanan yang meliputi 70% kos pengeluaran, selain kos logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, subsidi itu diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dari 5 Feb hingga 4 Jun ini yang membabitkan peruntukan berjumlah RM528.52 juta.

Ronald berkata, kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan pihak industri untuk memastikan ia kekal mampan dan beroperasi dalam skala penuh serta dapat memenuhi keperluan tempatan.

Beliau berharap pemberian subsidi kepada penternak itu dapat menstabilkan bekalan, sekali gus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur pada harga berpatutan. FMT

Penternak diberi subsidi ayam, telur selama 4 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker