Najib sekolahkan Azmin Ali

Najib sekolahkan Azmin Ali

Najib Razak membidas kenyataan Azmin Ali yang mengatakan antara kejayaan luar biasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan terbaik yang menjalankan usaha pemulihan Covid-19.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia dalam kes Covid-19.

“Kita juara dunia Covid-19 masa itu.

“Kita juga laksanakan ‘lockdown’ separuh masak dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia sehingga kita tidak dibenarkan rentas negeri dan balik kampung dua tahun berturut,” katanya di Facebooknya.

Pada 7 Feb lalu, Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, rakyat Johor khususnya pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang perlu melihat rekod pencapaian pentadbiran kerajaan PN sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu Najib berkata, data tidak pernah menipu dan negara selalu berada di tangga tercorot dalam indeks Covid-19 di Bloomberg, Nikkei, The Economist ketika itu.

Beliau berkata, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan darurat untuk menggantung Parlimen begitu lama sehingga Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong bertitah agar darurat tidak diteruskan.

“Kita satu-satunya negara di ASEAN yang diturunkan penarafan sehingga Malaysia akhirnya kehilangan penarafan gred A kita sejak berpuluh tahun lalu.

“Azmin sudah lupa bahawa zaman kerajaan PN adalah zaman ‘move, tutup, move tutup’, zaman ramai bunuh diri atau angkat bendera putih dan zaman kerajaan perlu rayu kepada rakyat derma kontena untuk simpan mayat,” katanya. FMT

Najib sekolahkan Azmin Ali


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker