Mahkamah Rayuan tolak permohanan Tommy Thomas

Mahkamah Rayuan tolak permohanan Tommy Thomas

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung prosiding komital (hina mahkamah) yang difailkan bapa bekas anggota Balai Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sebaliknya panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Suraya Othman bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah sebulat suara berpendapat Mahkamah Koroner Shah Alam mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding menghina terhadap Tommy bagi kes kematian anggota bomba itu.



Pada 16 Julai 2016, Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan prosiding komital terhadap Tommy di Mahkamah Koroner Shah Alam atas dakwaan menghina mahkamah berhubung punca kematian anaknya itu.

Mahkamah Koroner kemudian membenarkan permohonan tersebut sebelum Tommy memfailkan rayuan dengan keputusan oleh mahkamah terbabit.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian membenarkan permohonan Tommy dengan mendakwa Mahkamah Koroner terkhilaf ketika memulakan prosiding tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.



Pada prosiding sebelum ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948 menyatakan bahawa koroner atau mana-mana mahkamah rendah mempunyai kuasa dan bidang kuasa lanjut untuk mengeluarkan perintah berkaitan kesalahan menghina mahkamah tanpa mengurangkan kuasa asal yang diperuntuk kepada mereka.

“Kami dengan rendah hati berhujah bahawa Mahkamah Rendah memiliki bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berkaitan kesalahan menghina mahkamah kerana kuasa dan bidang kuasa lanjut tidak hanya terhad kepada perbuatan itu yang dilakukan di hadapan mahkamah tetapi juga yang dilakukan bukan di hadapan mahkamah.

“Mahkamah Agung pada 1985 mengakui bahawa prosiding inkues mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah berkaitan apa-apa kesalahan atau perbuatan menghina mahkamah… Perkara itu tidak pernah ditolak oleh mana-mana mahkamah atasan yang lebih tinggi setakat ini. Ia masih menjadi undang-undang dan oleh itu, merupakan bidang kuasa,” katanya ketika itu.

Bagaimanapun Peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Thomas pula berkata, Mahkamah Koroner terkhilaf apabila membenarkan permohonan bagi prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara itu.



“Kes kita bukan perbuatan menghina yang dilakukan di hadapan mahkamah. Koroner terbabit telah membuat keputusan sendiri untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah. Tindakan sedemikian iaitu memulakan prosiding komital hanya boleh dilakukan oleh mahkamah lebih tinggi,” hujahnya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 27 November 2018.

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah oleh lebih dua individu. MG



Mahkamah Rayuan tolak permohanan Tommy Thomas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker