Tanpa dos penggalak, 3.5 juta penerima Sinovac terdedah Omicron

Tanpa dos penggalak, 3.5 juta penerima Sinovac terdedah Omicron

Seramai 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan penggalak terdedah kepada jangkitan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat sebilangan penerima Sinovac enggan menerima dos penggalak Pfizer.

Meskipun penerima boleh memilih dos penggalak mereka, katanya, namun Kementerian Kesihatan (KKM) lebih mengesyorkan Pfizer dan AstraZeneca kerana ia lebih efektif berbanding Sinovac sebagai dos penggalak.

“Sebab itu, saya sudah buat keputusan kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan AstraZeneca, tetapi apa juga (dos) penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung.

“Sebab itu kita akan berikan janji temu untuk mereka pilih, sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka.”

Sementara itu, Khairy mengumumkan KKM mengaktifkan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF) bagi memastikan tahap kesiapsiagaan tinggi dalam menghadapi gelombang jangkitan Omicron.

RRTF adalah jawatankuasa khas yang melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan, antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan Covid-19, membina hospital medan dan penyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

“RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Kheong dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Asmayani Khalib yang akan membuat pelaporan terus kepada saya,” kata Khairy. FMT

Tanpa dos penggalak, 3.5 juta penerima Sinovac terdedah Omicron


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker