Konsep wakaf mampu atasi masalah ‘lintah darat’ naik harga barang

Isu kenaikan harga barang bukanlah perkara baharu, namun ia memerlukan penyelesaian tuntas agar rakyat yang ketika ini berdepan lonjakan kes COVID-19 tidak tertekan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Justeru, penganalisis syariah, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyarankan, kerajaan untuk mempertimbangkan kewujudan wakaf keselamatan makanan dalam mengatasi masalah berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan, konsep wakaf sebenarnya lebih luas daripada wakaf itu sendiri.



“Bukankah Uthman yang melingkupkan bisnes air Yahudi dengan konsep wakafnya?

“Apabila konsep pahala berterusan itu diaplikasikan dalam keselamatan makanan, maka lingkuplah semua lintah darat tidak ada hati perut itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal segelintir umat Islam tidak memahamai konsep wakaf dalam keselamatan makanan.

“Mereka hanya tahu wakaf kubur, wakaf masjid, wakaf Quran, wakaf sejadah sahaja.



“Apakah syariat mengajar kita agar umat ini kaya dengan tanah kubur, masjid, Quran, sejadah, tapi kebulur mengharap simpati lintah darat?

“Apa jenis syariat yang kita faham sebenarnya?” soalnya.

Konsep wakaf mampu atasi masalah ‘lintah darat’ naik harga barang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker