Hanya zikirullah peneman Imam Dolah ketika sesat dibukit

LARUT: “Ayah tak henti berzikir ketika sesat dalam ladang sawit dan berada dalam kesejukan sebelum ditemukan dalam keadaan selamat’.

Demikian cerita Mohamad Syahir Abdullah, 29, mengenai keadaan bapanya, Abdullah Ibrahim, 74, yang dikenali Imam Dolah yang tersesat hampir 16 jam dalam kawasan ladang kelapa sawit di Felda Ijok dekat sini semalam.

Menurutnya, ketika ditemukan, ayahnya dalam keadaan kesejukan dan mulutnya tidak henti berzikir.

“Meskipun ketika ditemui ayah berada dalam keletihan, kesejukan, lapar dan dahaga, mulutnya tidak henti berzikir.

“Kami bersyukur kerana ayah ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Mohamad Syahir, ketika kejadian, dia sedang bertugas sebagai jurugambar satu majlis perkahwinan di Semanggol dekat sini.

Katanya, ibunya memberitahu ayah tidak pulang seperti biasa untuk makan tengah hari dan dikhuatiri tersesat, menyebabkan dia segera pulang.

Menurutnya, sebaik sahaja sampai di rumah pada pukul 4.30 petang, dia terus mencari bapanya bersama penduduk kampung di ladang sawit seluas 10 ekar.

“Saya tidak menemukan ayah atau motosikal jenis Modenas Kriss yang ditungganginya.

“Namun, saya ternampak baldi air yang sering digunakan ayah telah terbalik dan kering.

“Berdasarkan tanda itu, saya tahu ayah telah keluar dari kawasan ladang. Saya bimbang keselamatannya lalu  membuat laporan polis juga melaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Selama untuk operasi mencari,” katanya.

Katanya, seramai 80 orang terdiri dari anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk penduduk mencari ayahnya malam tadi sebelum ditemukan pada pukul 11.30 malam.

“Selepas ditemukan, ayah beritahu dia terjatuh dari motosikal dua kali ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

“Ketika terjatuh kali kedua,  menyebabkan dia tidak terdaya untuk mengangkat motosikalnya dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah berjalan kaki.

“Semasa berjalan kaki, ayah melalui satu jalan berbukit yang jarang dilaluinya, menyebabkan dia tersesat,” katanya.

Katanya, selepas ditemukan, bapanya dibawa ke Hospital Selama bagi mendapatkan rawatan perubatan dan telah dibenarkan pulang.

Katanya, pihak hospital mendapati ayahnya berada dalam keadaan selamat.

“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu  usaha mencari sehingga bapa saya ditemukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Hanya zikirullah peneman Imam Dolah ketika sesat dibukit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker