Kita jatuh sama-sama sayang, cerita pemilik Civic dalam kejadian tanah runtuh
Kita jatuh sama-sama sayang, cerita pemilik Civic dalam kejadian tanah runtuh
PEMILIK Honda Civic FC berwarna perak yang berdepan detik cemas ketika kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan pada petang Selasa lalu trauma dengan apa yang berlaku.
Nurulain Natasha Mohd Azmi, 22, yang berada di dalam kereta ketika kejadian itu hampir panik selepas jalan mula merekah di hadapan mereka.
Ceritanya ketika itu mereka baru saja masuk ke dalam kereta selepas singgah di salah sebuah kedai di tempat kejadian.
“Kami baru nak jalan ketika itu, dan tidak menyedari terdapat rekahan pada jalan sehinggalah seorang lelaki menyuruh kami mengundurkan kenderaan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Nurulain Natasha bersama suami dan anaknya.
Katanya ketika detik cemas itu, tiba-tiba ternampak jalan mula retak dan runtuh.
“Suami terus ambil tindakan drastik menghimpit kenderaan ke kanan arah di kawasan parkir hadapan kedai,” ujarnya.
Ketika kejadian Nurulain Natasha bersama suami, Ahmad Zubair Mohammad, 24, dan anak mereka Mohammad Raiyan Hamdani, 5 tahun.
Tambahnya, ketika itu mereka hanya mampu berdoa disebabkan sudah tidak sempat untuk berbuat apa-apa.
“Nak lari pun tak boleh sebab tayar kiri kereta tersangkut dalam rekahan jalan, sebelah kanan pula dia ada kereta tengah parkir.
“Suami kata kita jatuh sama-sama sayang,” kata Nurulain Natasha.
Malah kata Nurulain Natasha ketika kejadian berlaku mereka dapat merasai gegaran yang kuat.
Mengakui masih terkejut dengan kejadian itu, Nurulain Natasha mengatakan mereka sekeluarga bersyukur terselamat daripada tragedi tersebut.
Dalam kejadian petang Selasa lalu, lima buah kenderaan tertimbus selepas tanah mendap berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan.
Video rakaman insiden tersebut tular di media sosial dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Utv
Kita jatuh sama-sama sayang, cerita pemilik Civic dalam kejadian tanah runtuh
Baca Artikel Menarik :
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
You must be logged in to post a comment.