Kemelut Zii Jia-BAM selesai – Ismail
Kemelut Zii Jia-BAM selesai – Ismail
Kemelut antara pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selesai selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Pertemuan yang berlangsung di Perdana Putra itu turut dihadiri Presiden BAM, Mohamad Norza Zakaria, kepimpinan tertinggi persatuan serta bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei.
Ismail menerusi hantaran di Facebooknya berkata, dalam sesi pertemuan itu, beliau gembira kerana berjaya menghasilkan perbincangan bermanfaat.
“Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” tulisnya.
Baru-baru ini media melaporkan, BAM mengesahkan menerima surat rayuan daripada Zii Jia berhubung larangan menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
BAM mengumumkan larangan itu minggu lalu selepas Zii Jia menarik diri daripada skuad kebangsaan.
Ismail Sabri Yaakob bersama Lee Zii Jia selepas pertemuan di Putra Perdana. (Gambar Facebook)
Badan induk badminton negara yang dipetik sebagai berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik.
Kemelut itu turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu yang kemudiannya menemui Zii Jia untuk mendengar pandangan pemain nombor satu negara itu.
Zii Jia kini berada di ranking ketujuh dunia Persekutuan Badminton Dunia tetapi larangan itu menimbulkan persoalan terhadap masa depannya dalam sukan berkenaan. FMT
Kemelut Zii Jia-BAM selesai – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”