Wanita didakwa larikan wang pengurusan kondo lebih setengah juta
KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pekerja Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Height yang menghilangkan diri sejak September 2020 selepas didakwa melarikan wang pengurusan membabitkan nilai melebihi setengah juta ringgit.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 sehingga September 2020.
“Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan jumlah kerugian yang sebenar dan dokumen lengkap daripada pihak perbadanan pengurusan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Amihizam berkata, pihaknya telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes itu bagi membantu siasatan.
“Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan. Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam kenyataan Pengerusi Badan Pengurusan Kondominium OG Heights, Alvin Mah pada Selasa memaklumkan wanita berusia 64 tahun itu hilang selepas dia berjumpa doktor pada 25 September 2020.
Laporan polis mengenai kehilangan wanita terbabit sudah dibuat badan pengurusan lima hari kemudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields selepas dia gagal dihubungi.
Wanita didakwa larikan wang pengurusan kondo lebih setengah juta
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
You must be logged in to post a comment.