Rozaimi bidas Mokhtar Senik, tungganglah Vellfire bukan tunggang agama

Rozaimi bidas Mokhtar Senik, tungganglah Vellfire bukan tunggang agama

Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Rozaimi Ramle, hari ini tampil mengulas secara sinis pandang diberi anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berhubung isu kerjasama politik parti itu dan Umno.

Rozaimi menyifatkan kenyataan Mokhtar itu tidak mengejutkan sama sekali apabila dia melihat perkembangan terbaru dan kenyataan politik berhubung PAS dan Umno.

Ini kerana, jelasnya, sejak dahulu lagi sesuatu pakatan politik itu lazimnya bersifat anjal dan berbentuk ijtihad.

Justeru, kata Rozaimi, sebelum ini pun dia sudah memberi peringatan apabila Mokhtar mendakwa “malaikat bertakbir” dengan termeterainya piagam ditandatangani PAS dan Umno pada 14 Sept 2019.

“Apabila melihat kenyataan terbaru Mokhtar berkenaan Umno saya hanya mampu tersenyum kerana dari awal telah memberikan teguran kepada beliau apabila dulu berkata kesepakatan itu akan membuatkan malaikat bertakbir bergema seluruh alam dan Muafakat Nasional (MN) adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis itu turut melampirkan laporan Malaysiakini mengenai pandangan terbaru Mokhtar mengenai Umno.

Pagi tadi Mokhtar menyifatkan Umno kini kelihatan sangat ghairah untuk kembali berkuasa secara bersendirian di sebalik hubungan yang dijalin dengan PAS dalam MN dulu.

Katanya, keghairahan itu semakin memuncak selepas Umno berjaya menukar perdana menteri – daripada Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri Yaakob – dan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada Nov tahun lalu.

Kini, katanya, digerakkan pula cubaan Umno untuk menguasai Johor dengan mengetepikan PAS.

Rozaimi juga mempersoalkan siapakah yang telah mengikut “telunjuk syaitan” sehingga menggugat kesepakatan dicapai PAS dan Umno melalui MN.

Dia juga mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak menggunakan agama untuk kepentingan politik kepartian.

“Agama dan nas adalah panduan untuk orang politik, bukan tunggangan ahli politik. Ada beza antara dua keadaan ini.

“Tungganglah Vellfire umpamanya, janganlah tunggang agama,” kata Rozaimi. Mk

Rozaimi bidas Mokhtar Senik, tungganglah Vellfire bukan tunggang agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker