Mazlan Bujang tinggalkan BERSATU esok?

Mazlan Bujang tinggalkan BERSATU esok?

JOHOR BAHRU: Teka-teki Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang keluar parti bakal terjawab esok.

Ketika dihubungi, Mazlan yang juga EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor meminta semua pihak menunggu sidang media khas yang akan diadakan esok.

“Mana boleh beritahu dulu, tunggu esoklah. Jemput datang untuk buat liputan,” katanya ringkas.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Puteri Wangsa berkata demikian ketika ditanya desas desus yang semakin hangat berhubung penghijrahannya ke sebuah parti politik utama.

Khabar angin mengaitkan bekas Pengerusi BERSATU Johor itu bakal beralih parti semakin hangat diperkatakan selepas media mendapat jemputan sidang media pengumuman khas esok.

Selain itu, dua lagi ADUN BERSATU difahamkan turut mengikut jejak langkah Mazlan dan menyertai majlis pengumuman itu esok.

Isnin lalu, Mazlan dilaporkan akan memutuskan masa depan karier politiknya dalam masa terdekat.

Ini kerana beliau mendakwa tidak akan bertanding atas tiket BERSATU pada PRN kali ini, berikutan tidak sehaluan dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BERSATU Johor.

Sebelum itu, pada 20 Januari lalu pula, Mazlan dilaporkan sedia menimbangkan untuk bersara daripada dunia politik sekiranya PRN diadakan.

Beliau sebelum ini, menafikan bakal menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan. BH

Mazlan Bujang tinggalkan BERSATU esok?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker