Dua lelaki bawa parang tunggang motosikal diberkas

Dua lelaki bawa parang tunggang motosikal diberkas

GEORGE TOWN – Dua lelaki warga Indonesia diberkas selepas polis menemui dua bilah parang yang dibawa suspek ketika menunggang motosikal di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini malam kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek terbabit dilakukan sepasukan polis daerah Barat Daya semasa menjalankan rondaan cegah jenayah.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek ditahan ketika sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Sungai Ara.

Parang yang dirampas polis.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek-suspek telah menjumpai dua bilah parang dan kedua suspek tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri,” katanya di sini.

Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(a)/6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. K Online

Dua lelaki bawa parang tunggang motosikal diberkas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker