RFID rosak, PLUS gantikan percuma

RFID rosak, PLUS gantikan percuma

Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menerima gantian pelekat itu secara percuma.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata ketika ini, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.

“Kita ada orang ‘standby’ dengan peranti ‘hand held’ (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat ‘detect’, kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk ‘check’ RFID. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat ‘detect’, kita akan beri RFID ‘tag’ baharu secara percuma,” katanya kepada Bernama TV.

Isnin lepas, media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang, termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak ketika hujan.

Ini mengakibatkan ramai pengguna merungut dan PLUS melakukan penambahbaikan segera dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol, selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.

Dalam pada itu, Syed Mohammed Idid berkata, pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kad TnG dan Smart Tag masih boleh digunakan di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.

Beliau berkata, projek perintis sistem RFID dilihat lebih menjimatkan kerana ia sifar penyenggaraan dan lebih selamat serta bayaran dihubungkan dengan akaun e-dompet yang boleh dibayar secara debit secara automatik.

Mengenai rungutan netizen berhubung harga pelekat RFID yang dikatakan tinggi, beliau berkata, RM35 ditetapkan TnG.

Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lepas.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet TnG tanpa perlu ke kaunter tambah nilai. FMT

RFID rosak, PLUS gantikan percuma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker