Orang utan bunuh manusia, Zuraida dikritik pencinta alam sekitar

Orang utan bunuh manusia, Zuraida dikritik pencinta alam sekitar

Seorang pencinta alam sekitar menzahirkan rasa terkejut terhadap kenyataan “pelik dan jahil” Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin bahawa orang utan akan membunuh manusia jika berjumpa dengannya.

Presiden Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY) Andrew Sebastian berkata, beliau terkejut dengan kepincangan pengetahuan Zuraida dan dakwaannya tidak membantu alam sekitar dan industri minyak sawit.

Zuraida dilaporkan berkata pada seminar dan dialog Majlis Minyak Sawit Malaysia 2022 pada 5 Jan bahawa masih terdapat banyak orang utan di Malaysia bertentangan dengan tanggapan bahawa industri minyak sawit membunuh haiwan itu.



“Di Malaysia, kalau anda jumpa orang utan, haiwan itu akan bunuh anda dulu, bukan anda bunuhnya, betul tak?” kata beliau dalam ucapannya.

Beliau berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mempunyai polisi untuk “memengsankan” haiwan seperti orang utan, harimau “dan singa” yang ingin ditangkap untuk dibawa ke zoo, bukan membunuhnya.

Andrew, yang menegaskan bahawa singa tidak hidup secara liar di negara ini berkata, dakwaan Zuraida bahawa orang utan akan cuba menyerang haiwan yang bertembung dengannya adalah salah.

“Ia sangat pelik dan jahil,” katanya.



Beliau juga berkata, Zuraida gagal untuk mengakui penurunan populasi orang utan yang didokumentasi dengan baik.

“Sejak 1973, dianggarkan terdapat 288,500 orang utan di Borneo dan menjelang 2025, ia dianggarkan menurun kepada 47,000 sahaja.

“Itulah sebabnya pada 2016, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN) menyenaraikan orang utan sebagai terancam kritikal,” katanya kepada FMT.

Andrew juga berkata, PERHILITAN tidak beroperasi di Sabah dan Sarawak yang merupakan habitat orang utan.



Jadi katanya, kenyataan Zuraida tidak banyak membantu dalam usahanya membidas kritikan berhubung kesan industri tersebut ke atas haiwan itu. FMT

Orang utan bunuh manusia, Zuraida dikritik pencinta alam sekitar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker